Usah gembira dengan musibah orang lain, jadikan panduan, jangan ulangi kesilapan – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kita tidak seharusnya berasa gembira apabila sesuatu musibah menimpa ke atas seseorang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebaliknya berkata, kita hendaklah menjadikan ia sebagai suatu panduan dan pedoman, supaya kita yang masih berada di luar dan bebas ini, tidak mengulangi kesilapan.

“Sama ada jenayah dalam bentuk peribadi atau jenayah yang melibatkan negara.

“Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah berazam terus untuk membina negara yang lebih baik dan membanteras rasuah secara berterusan, agar Malaysia menjadi negara yang makmur, aman dan berintegriti, sekarang dan pada masa yang akan datang,” nasihat beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas Mohamad, sewajarnya jadikan segala bentuk musibah yang menimpa kepada orang lain sebagai suatu pengajaran kepada kita semua.

“Jangan kita bersikap angkuh dan sombong. Sebaliknya semua kita hendaklah beristighfar kepada Allah SWT.

“Kita berusaha dan mendoakan supaya negara Malaysia dan rakyatnya berada di dalam keadaan aman, damai, berintegriti dan keadilan sosial dapat ditegakkan sebaik mungkin pada masa yang akan datang,” ujar Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat