UMNO tidak lupakan jasa Najib, terkilan keputusan mahkamah – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- UMNO akan terus bersama Datuk Seri Najib Razak dalam mendepani perbicaraan kes lain yang sedang dihadapinya bagi menjamin beliau mendapat keadilan dan tidak dimangsakan dengan tekanan politik.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, walau jasad dipenjara, semangat dan daya juang bekas Presiden UMNO itu dalam usaha mempertahankan dirinya serta tampil berada di barisan hadapan untuk melonjakkan semula citra UMNO sehingga mampu bangkit semula selepas kekalahan PRU-14, akan tetap
membara.

Presiden UMNO itu menambah,bagi UMNO keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali dapat memadamkan jasa besar Najib sebagai Perdana Menteri yang telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan meletakkan Malaysia di persada sebelum disuramkan oleh kegagalan dua kerajaan selepas PRU-1 4 yang lalu.

“Keluarga besar UMNO melahirkan rasa dukacita atas pengakhiran keputusan perbicaraan Najib yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022.

“UMNO berasa amat terkilan kerana proses dan ruang untuk bekas Perdana Menteri mempertahankan dirinya terutama usaha untuk mengemukakan bukti-bukti baru dan penangguhan bagi membolehkan pasukan pembelanya yang baru membuat persiapan telah dinafikan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zahid malah menyeru ahli partinya supaya bertenang.

“Kepada seluruh ahli UMNO, kita perlu bertenang dan tanamkan tekad, segala kepincangan dalam sistem untuk menjamin keadilan, akan menjadi salah satu agenda untuk diperbetulkan.

“Ini termasuklah pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengenai campur tangan politik Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) terdahulu dalam pelantikan hakim dan perjalanan sistem perundangan negara,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat