Mesyuarat tergempar UMNO bincang kes Najib?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO akan memanggil satu perjumpaan tergempar Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian bersama Presiden dan pimpinan parti hujung minggu ini yang didakwa berkaitan hukuman penjara yang sedang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau akan membuat jemputan rasmi dalam tempoh terdekat ini.

Agenda utama acara itu ialah mendengar taklimat khas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan diadakan pada Sabtu, 27 Ogos ini jam 2 petang bertempat di Dewan Merdeka, WTC, Kuala Lumpur.

“Standby, jemputan rasmi akan dibuat. Taklimat khas Presiden.

“Tentang isu semasa terkini,” ciap Ahmad di Twitternya pada Rabu.

Beliau juga meminta jemputan yang hadir Sabtu ini mengenakan baju merah UMNO.

Didakwa perjumpaan tergempar UMNO ini akan menyentuh permohonan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan dan hukuman Najib dalam kes SRC International.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat