Zaidi Yakin Orang Asli Undi BN

- Advertisement -

TANJUNG MALIM: Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz memperhebatkan kempennya pada Pilihan Raya Kecil (Slim) dengan berjumpa masyarakat orang asli di Dun Slim.

Dalam lawatannya di Kampung Sungai Teras, Buluh Seruas, Sungai Jentong dan Changkat Ramu beliau melihat sokongan yang diberikan kepadanya amat baik sekali.

Beliau ditemui pada sidang media di Kampung Sungai Teras, hari ini.

“Inilah kali ketiga saya melawat di kampung-kampung orang asli di sini dan saya melihat mereka menerima saya dengam baik, katanya.

“Saya yakin mereka akan pilih BN pada PRK Slim 29 Ogos ini.

Dalam perjumpaan tersebut, Zaidi mendengar isu dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka terutama masalah air, baik pulih rumah dan kemudahan awam seperti dewan dan padang untuk aktiviti sukan.

“Masalah-masalah yang ditimbulkan sebenarnya telah diaju dan tindakan telah diambil oleh kerajaan negeri dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ujarnya lagi.

Kita akan selesaikan masalah itu walaupun jumlah mereka di Slim ini tidak ramai sekitar 400 orang sahaja, katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat