APMM Perlis patahkan cubaan seludup 450 kg daun ketum

- Advertisement -

KUALA PERLIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  Perlis mematahkan cubaan menyeludup 45 bungkusan plastik berisi daun ketum seberat 450 kilogram (kg) di perairan Kuala Perlis, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata ketika rondaan Op Benteng, APMM mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan menuju ke sempadan negara jiran pada kedudukan 0.5 batu nautika  dari muara Kuala Perlis  pada pukul 3.45 petang semalam.

“Menyedari kehadiran bot penguatkuasa APMM, suspek bertindak mencampakkan bungkusan disyaki daun ketum ke laut sebelum melarikan diri ke negara jiran.

Hasil pemeriksaan dan tinjauan di kawasan lokasi bungkusan dibuang, APMM menemui 45 bungkusan plastik hitam yang disyaki daun ketum seberat 450 kilogram dianggarkan bernilai RM 9,000,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya semua hasil rampasan  dibawa ke pangkalan Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Beliau berkata ini merupakan rampasan ketiga rampasan membabitkan daun ketum pada minggu ini dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah hampir RM 50,000.

“Pihak kami percaya ini adalah jenayah terancang dan akan menjejaki dalang utama sindiket ini dan memastikan aktiviti penyeludupan daun ketum ini dapat dilumpuhkan dalam masa terdekat,”katanya.

Semalam Bernama melaporkan APMM Perlis mematahkan cubaan menyeludup 36 bungkus daun ketum seberat 360 kilogram dianggarkan bernilai RM3,600 ke negara jiran, di perairan Kuala Perlis, Sabtu lepas.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat