Penyokong PAS Di Gual Periok Cabut Bendera Parti Tanda Protes

- Advertisement -

RANTAU PANJANG – PAS Gual Periok hari ini bergolak apabila penyokong parti itu bertindak merajuk atau ‘nyetok’ dengan mencabut bendera sebagai tanda proses apabila nama penyandang kerusi kawasan itu Datuk Mohamad Awang dilaporkan tidak tercalon pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Wakilnya Zakaria Omar, 60, berkata, keputusan itu nyata mengecewakan seluruh jentera parti dan rakyat Gua Periok yang mahu wakil rakyat berkenaan terus berkhidmat untuk mereka.

Menurutnya, pengundi di kawasan itu melihat tiada keperluan menukar tokoh berkenaan dengan muka baharu selepas memberikan khidmat cukup cemerlang sepanjang tiga penggal menjadi wakil rakyat.

“Saya difahamkan calon yang bakal menggantikan Ustaz Mat (Datuk Mohamad) kurang dikenali oleh penduduk setempat selain berada di luar Kelantan.

“Pada masa sama, bakal calon ini sudah dua kali kalah dalam pilihan raya lalu. Jadi saya harap pucuk pimpinan parti dapat membuat pertimbangan sewajarnya berkait perkara ini,” katanya ketika di temui di sini hari ini.

Zakaria memberitahu, dia bimbang sekiranya tiada langkah segera diambil berkemungkinan besar jentera parti dan penyokong akan ‘nyetok’.

Katanya, tindakan itu berkemungkinan besar akan memberi kesan kepada kemenangan PAS di Gual Periok.

Sementara itu, Penghulu Mukim Bakat, Ruziha Mamat,55, melihat tindakan itu mampu merencatkan peluang PAS untuk menyapu bersih semua 45 kawasan kerusi DUN Kelantan pada PRN kali ini.

Katanya, jika Ustaz Mat kekal menjadi calon PAS akan memperoleh kemenangan mudah kerana tokoh itu amat disayangi rakyat.

Pada PRU-14 lalu, Ustaz Mat menang dengan majoriti 2,123 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan PKR.

Ustaz Mat memperoleh undi sebanyak 8,632 manakala Ghazali Ismail (6,509) dan Mohd. Ridzuan Mohamad (1,570). – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat