Dua Warga Emas Antara 3 Maut Dalam Kemalangan

- Advertisement -

KUANTAN – Tiga termasuk dua warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat dekat Bandar Dua, Paloh Hinai, Pekan, pagi tadi.

Lapan lagi turut mengalami kecederaan dalam kemalangan jam 11.07 pagi itu.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan melibatkan kereta Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan Toyota Vios.

“Terdapat tiga mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Zulfadli berkata, mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan wanita warga emas serta seorang lelaki dewasa.

“Mangsa yang selamat pula terdiri 10 lelaki dan seorang wanita warga emas,” katanya lagi.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini terbabit dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan itu.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat khas bagi mengeluarkan kebanyakan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera pula dihantar ke klinik kesihatan berhampiran bagi tujuan rawatan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat