Negara Rasai Kehilangan Salahuddin – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Salahuddin Ayub seorang pemimpin yang baik budi pekerti, rendah diri, amanah dan bertanggungjawab.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan, negara akan merasai kehilangan Salahuddin.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di atas kembalinya ke rahmatullah.

“Saya mengenali beliau dengan lebih rapat ketika bersama dalam Kabinet di antara tahun 2018-2020. Sepanjang tempoh tersebut, saya dapati beliau seorang pemimpin yang baik budi pekerti, rendah diri, bersifat amanah dan bertanggungjawab.

“Negara akan merasai kehilangannya. Didoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” ucap beliau di Twitter pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat