Sektor Awam Paling Banyak Terlibat Rasuah, Kata SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kumpulan pelaksana dikenal pasti antara yang paling banyak terlibat dalam kes rasuah membabitkan sektor perkhidmatan awam pada 2019, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Beliau berkata, daripada 525 tangkapan pada 2019, seramai 387 merupakan kumpulan pelaksana.

“Kumpulan perkhidmatan, selain kumpulan pelaksana terdiri daripada kumpulan pengurusan tertinggi, kumpulan pengurusan dan profesional.

“Seramai 121 individu ditahan bekerja dalam kumpulan pengurusan dan professional, manakala 17 lagi ditahan dalam kalangan kumpulan pengurusan tertinggi,” katanya.

Shamshun berkata, pada 2019, jumlah tangkapan mencecah lebih 1,000 individu daripada pelbagai sektor.

“Ia jumlah yang mengejutkan, SPRM tidak pernah memperolehi tangkapan lebih daripada angka itu, dengan yang tertinggi sebelum ini ialah pada 2010 dengan 944 tangkapan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai gejala penjawat awam terbabit rasuah, Shamshun berkata, adalah penting untuk memberi penekanan kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, dengan penglibatan sektor pendidikan.

“Langkah itu perlu supaya dalam masa sama dapat mewujudkan rasa benci terhadap rasuah dari peringkat awal lagi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat