Rusia Lancar Senjata Anti Satelit, Dakwa US

- Advertisement -

WASHINGTON – Pusat Pemerintahan Angkasa A.S. mendakwa Rusia menguji senjata anti-satelit di orbit pada 15 Julai lepas, meneruskan satu siri tindakan agresif dilakukan negara berkenaan di angkasa.

Menurut pernyataan SPACECOM pada 23 Julai, kenderaan pemeriksa satelit Rusia, Cosmos 2543 didapati melepaskan satu objek lain ke angkasa berdekatan dengan satelit Rusia yang lain – tindakan yang tidak bersesuaian dengan tujuan yang dinyatakan. Pegawai A.S. pada masa lepas mendakwa objek seperti itu dapat digunakan sebagai senjata peluru berkelajuan tinggi untuk menyerang satelit lain.

“Sistem satelit Rusia yang digunakan untuk melakukan ujian senjata di orbit ini, adalah sistem satelit sama dengan yang kami bimbangkan pada awal tahun ini, ketika Rusia melakukan gerakan berdekatan dengan satelit AS,” kata Jeneral John “Jay” Raymond, Komandan SPACECOM dan Ketua Operasi Angkasa Angkasa AS.

“Ini adalah bukti lebih lanjut mengenai usaha berterusan Rusia untuk mengembangkan dan menguji sistem senjata di angkasa, dan sesuai dengan doktrin ketenteraan diterbitkan oleh Kremlin yang berisiko menyekat aset angkasa AS dan sekutunya.”

Ujian tidak memusnahkan itu, serupa dengan aktiviti angkasa lepas Rusia terdahulu dimana sebuah satelit Rusia yang lebih besar melepaskan objek yang lebih kecil dari satelit di orbit. Contoh lain yang pernah direkodkan berlaku pada tahun 2017, ketika satelit pemeriksa Rusia Cosmos 2519 mengeluarkan sub-satelit lain bernama Cosmos 2521.

“Apa yang berlaku seterusnya, adalah bahagian yang merisaukan, ”kata Penolong Setiausaha Negara untuk Keselamatan Antarabangsa dan Nonproliferasi Chris Ford pada April 2020 – Defense News

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat