Gementar, Detik Indah Bersama Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Detik itu sangat indah bagi saya”, kata Hishammuddin Alam Shah Rejim, 31 tahun, kerana dilayan sangat mesra dan istimewa oleh seorang menteri walaupun dirinya hanyalah seorang pengawal keselamatan di Bangunan Parlimen.

Hishammuddin telah disapa mesra oleh Menteri Luar Negara Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn semalam. Beliau telah menerima hadiah tag nama dari Dato Seri Hishammuddin disebabkan mereka berdua mempunyai ejaan nama yang sama.

“Ini adalah memori yang indah bagi saya, kali pertama saya disapa dan dilayan mesra oleh seorang menteri sepanjang bekerja disini. Lebih indah menteri sendiri menyematkan tag nama “Hisham” kepada dirinya.

“Saya selalu nampak Dato Seri, dan semalam saya terkejut sebab Dato Seri menyapanya dengan berkata nama saya sama dengan nama beliau. Serta merta Dato Seri telah mengambil tag namanya dan menyemat terus di dada saya” katanya lagi.

https://www.facebook.com/watch/?v=300034651338965 

Semalam Hishammuddin Tun Hussien Onn telah berkongsi video dilaman rasmi facebooknya berkaitan peristiwa tersebut dan mendapat pujian pengikutnya kerana aksi spontan yang mesra rakyat.

“Saya ternampak ada pengawal keselamatan yang namanya sama dengan saya, saya menyapa beliau dan terus memberi tag nama saya untuk dihadiahkan kepada pengawal tersebut, saya berharap kakitangan parlimen tersebut dipermudahkan menjalankan tugasannya” kata Hishammuddin Tun Hussien Onn.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat