Zahid ikut saja apa Anwar kata, bagai lembu dicucuk hidung – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mengkritik kenyataan terbaru Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkannya bagai lembu dicucuk hidung kerana menuruti setiap kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isham berkata demikian merujuk kenyataan Zahid yang menyokong Anwar berkenaan penjualan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat berkepentingan BlackRock sedangkan Timbalan Presiden Umno merangakap Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan menteri-menteri Umno membantah penjualan saham berkenaan.

“Zahid sokong Anwar berkenaan penjualan MAHB kepada syarikat berkepentingan Blackrock. Tok Mat tidak setuju.

“Pendirian Umno jelas sama dengan pendirian yang dibuat oleh PM. Pendapat yang diberikan oleh Tok Mat adalah pendapat peribadi beliau, kata Zahid.

“Saya lihat pendirian Zahid ini bukan pendirian Umno, ia pendirian UMDAP,” bidas Isham dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Menurut Isham, beliau tidak rasa orang Umno ‘original’ setuju untuk jual pegangan MAHB kepada syarikat berkaitan Israel yang menyokong genocide ke atas Palestin.

“Ini hakikat. Yang tidak boleh terima dan koyak dengan hakikat dan kenyataan saya ini adalah UMDAP dan walanon.

“Zahid ikut saja apa yang Anwar kata. Bagai lembu dicucuk hidung,” tempelak Isham.

Terdahulu, menurut Zahid pendirian Umno berhubung rancangan pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) diterajui Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zahid, komen Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, semalam yang berharap penjualan saham MAHB kepada syarikat yang dikaitkan dengan firma pelaburan global, BlackRock, dikaji semula adalah ‘pandangan peribadi’.

“Pendirian Umno jelas… sama dengan perdana menteri.

“Saya jumpa beliau (Mohamad) malam tadi dan beliau beritahu itu pandangan peribadi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat