PRU-15: BN akan pulihkan keyakinan pelabur, Zahid beritahu Duta China

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan memulihkan keyakinan pelabur asing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing di Ibu Pejabat UMNO, semalam.

Pertemuan tersebut antara lain menyaksikan perbincangan berkenaan hubungan terjalin di antara UMNO dan kerajaan menerusi BN dengan Negara China yang telah memasuki 48 tahun.

“BN akan memulihkan keyakinan pelabur asing dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kita perlukan negara sahabat sebagai sokongan.

“Perbincangan juga menyentuh mengenai peranan Malaysia sebagai adalah salah satu rakan dagang utama China dalam kalangan negara Asean meskipun dilanda pandemik COVID-19.

“Hubungan China dan Malaysia juga perlu mematuhi sentimen diplomatik dan sensitiviti untuk kesejahteraan rantau ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat