“Tak boleh patah hujah kata cerita kartun”- Nazri bidas Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Serang menyerang hujah antara Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya bersiri.

Hari ini, Nazri mengulas kenyataan Zahid yang mengatakan dakwaannya bahawa 25 ahli parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap pengerusi gabungan itu, sebagai “cerita kartun”.

“Saya tidak boleh menjawab kepadanya. Bagaimana saya boleh jawab respons yang lucu?

“Saya hanya ingin katakan bila kamu tak dapat patahkan hujah seseorang, maka kamu cari jalan keluar dengan mengatakan itu lucu atau lawak.

“Bagi saya, dia (Zahid) tidak mempunyai hujah kukuh untuk mempertikaikan saya,” katanya memetik Malaysiakini.

Nazri semalam mendakwa 25 daripada 42 ahli parlimen BN telah menandatangani akuan bersumpah (SD) sebagai ‘mandat’ kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekiranya ahli Parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata dia mempunyai bukti bahawa akaun bersumpah itu adalah benar dan mendakwa beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menandatanganinya.

Nazri sekali lagi menegaskan bahawa SD itu bukan bertujuan untuk menyokong Hishammuddin sebagai perdana menteri atau timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut apabila ditanya siapa yang akan memimpin UMNO pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, dengan mengatakan perkara itu perlu diputuskan pada pemilihan parti.

Nazri menyatakan penentangan terhadap Zahid selepas Presiden UMNO itu didakwa berusaha menjalinkan kerjasama politik dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Oktober tahun lalu, Zahid didakwa menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri.

Pejabat Zahid mendakwa surat itu palsu, namun Nazri dan beberapa lagi pemimpin UMNO menyatakan sebaliknya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menegaskan, tindakan presiden UMNO itu merupakan pelanggaran tatatertib yang serius dan mesti disiasat oleh lembaga dispilin parti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat