Tunjuk dulu jarum vaksin sebelum cucuk, atasi aduan kekurangan dos – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyuntik vaksin diwajibkan menunjukkan jarum suntikan yang telah diisi denagn vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin sebelum melakukan suntikan, tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Bukan itu sahaja, malah katanya, penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang telah dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan.

Arahan semasa ini terbit selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius mengenai dakwaan insiden pemberian dos yang kurang daripada sepatutnya bagi vaksin AstraZeneca untuk pencegahan Covid-19 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), yang mula tular di media sosial bermula pada 20 Mei 2021.

Menurut Dr Adham KKM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sedang membuat siasatan lanjut mengenai perkara ini.

Hal demikian kata beliau, sebagai langkah memastikan kualiti pengendalian vaksin AstraZeneca untuk COVID-19 berada pada tahap optimum, KKM menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca seperti yang ditetapkan.

“Penambahbaikan dalam SOP pemberian vaksin ini akan diperluaskan ke semua PPV yang lain. Di samping itu, pemantauan rapi terutamanya di PPV akan dipertingkatkan bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.

“KKM akan sentiasa memastikan Program Pemberian Vaksin AstraZeneca di atas dilaksanakan dengan jayanya dan selamat untuk penduduk Malaysia,” katanya.

Sebelum ini wujud beberapa rungutan penerima vaksin AstraZeneca bahawa dos yang disuntik sedikit berbanding dos sebenar, malah selepas buat aduan barulah mendapat dos secukupnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat