Penjarakan Sosial: Gereja Jadi Hos Sembahyang Jumaat Di Berlin

- Advertisement -

BERLIN: Sebuah gereja dalam daerah Neukonelln, membenarkan sekumpulan umat Islam untuk menunaikan sembahyang Jumaat disitu berikutan masjid Dar Assalam berhampiran hanya mampu menempatkan 50 (dari 150 yang sepatutnya) jemaah sahaja berikutan peraturan penjarakan sosial.

Gereja Martha Luthera berhampiran tampil membantu dengan membenarkan orang Islam bersembahyang disitu.

Peraturan penjarakan sosial untuk mengekang penyebaran coronavirus di Jerman ialah sejauh 1.5 meter (5 kaki).

Masyarakat disitu melihat perkembangan ini sebagai satu solidariti yang positif untuk negara tersebut.

Mohamad Taha Sabry, imam yang mengetuai sembahyang Jumaat itu berkata, “Pandemik ini telah menjadikan kita satu komuniti. Krisis membawa manusia untuk bersama-sama”.

Samer Hamdoun, salah seorang jemaah yang bersembahyang di gereja tersebut berkata, “Gereja mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan keadaan tersebut.

“Ia adalah perasaan berbeza berikutan instrumen muzik dan gambar-gambar (berkaitan agama Kristian) yang berada disitu,tapi jika dilihat semula, bila semua perkara kecil dilupakan, ini adalah rumah Tuhan juga akhirnya” – AlJazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat