Frontliners Hospital Putrajaya Terharu Terima Kunjungan Dr Noor Hisham Di Hari Raya

- Advertisement -

Petugas barisan hadapan di Hospital Putrajaya menerima kejutan apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkunjung ke hospital itu untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada mereka.

“Saya sangat teruja kerana kami hanya dapat melihat Dr Noor Hisham di televisyen semasa taklimat hariannya.

“Dia kini berada di sini bersama kami dan saya berjaya mengambil gambar selfie dengannya,” kata penolong pegawai perubatan Efi Cassey Kristus ketika ditemui.

Kristus, 27, dari Telipok, Sabah, berkata dia tidak keberatan untuk bertugas semasa cuti perayaan ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19.

“Kami adalah orang pertama yang akan berdepan dengan orang ramai ketika mereka dibawa untuk pemeriksaan dan ujian saringan di sini untuk menentukan sama ada mereka dijangkiti,” tambahnya.

Sementara itu Siti Rashikin Mat Zulki, 42, dari Pendang, Kedah, mengatakan bahawa dia terharu dengan kunjungan Dr Noor Hisham.

“Kami semua tersentuh dan terkejut kerana dia meluangkan masa untuk datang dan menyapa kami secara peribadi,” katanya.

Dr Noor Hashim mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan kepada semua pegawai perubatan barisan hadapan di atas pengorbanan mereka.

“Kakitangan perubatan bekerja secara bergilir dan kami mempunyai kakitangan yang mencukupi di hospital sementara bilik kecemasan kami beroperasi 24 jam sehari,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama menyeru mereka yang menyambut Hari Raya untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengunjungi kakitangan dan doktor di lobi utama hospital, wad kecemasan dan kawasan pemeriksaan Covid-19.

Beliau turut menyerahkan 400 pek makanan dan meluangkan masa dengan mengambil gambar selfie bersama mereka namun tetap mengamalkan penjarakkan sosial.

Turut bersama Dr Noor Hisham ialah Timbalan Ketua Pengarah (perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon dan Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat