Cadangan itu disuarakan rakyat di kawasan saya, Siew Ki pertahan kenyataan

KUALA LUMPUR – Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki mempertahankan kenyataan berkait penternakan babi secara moden di Selangor.

Ahli politik DAP itu berkata kenyataan tersebut berdasarkan suara sebahagian rakyat di kawasannya dan beliau bertanggungjawab membawanya ke sidang DUN.

“Ini tanggungjawab saya sebagai Adun, jadi apa-apa isu berkaitan rakyat, kita bawa ke sidang Dewan,” katanya lapor Sinar Harian.

Siew Ki berkata beliau sedia berdepan sebarang tindakan termasuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya sudah sampaikan dalam Dewan. Perkara lain bukan tanggungjawab saya dan tak mahu komen lanjut,” katanya.

Semalam, Wong pada sidang DUN mencadangkan kerajaan negeri dan pelabur mempertimbangkan penerokaan sistem penternakan babi yang tertutup dan moden, termasuk konsep ‘zero discharge’ serta teknologi kitar semula biogas kepada elektrik.

Wong berhujah penternakan babi tidak seharusnya dibezakan dengan haiwan lain kerana risiko pencemaran, aspek kebersihan, dan kesihatan adalah serupa merentasi semua jenis penternakan.

Dia turut melahirkan rasa dukacita kerana isu tersebut didakwanya telah dipolitikkan oleh pelbagai pihak.

Pada 10 Feb lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tidak berkenan jika ada mana-mana kawasan dijadikan tempat penternakan babi.

Cadangan Siew Ki dikritik pelbagai pihak, antaranya Pemuda PAS Selangor yang menyifatkannya sebagai tindakan yang biadab dan tidak menghormati institusi raja berperlembagaan.

Terdahulu hari ini, Adun pembangkang cuba mengemukakan usul untuk merujuk Wong ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat