Prabowo sangkal ‘diperdaya’ Jemaah Menteri keadaan ekonomi Indonesia kukuh, tegaskan kejayaan itu nyata

- Advertisement -

JAKARTA – Presiden Indonesia Prabowo Subianto menolak dakwaan beliau ‘diperdaya’ oleh menteri-menterinya mengenai keadaan ekonomi Indonesia yang stabil.

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai jawapan kepada khabar angin yang tersebar mendakwa menteri-menteri menipu beliau dengan menyatakan ekonomi negara hanya kelihatan baik di atas kertas sahaja sebaliknya Prabowo menegaskan kejayaan ekonomi Indonesia adalah nyata dan boleh dilihat.

“Ada yang kata saya diperdaya menteri-menteri saya. Ada yang kata ekonomi Indonesia hanya baik di atas kertas, tidak. Ekonomi kita nyata, boleh dilihat dengan mata sendiri,” kata Prabowo seperti dilaporkan Kompas TV pada Rabu.

Prabowo menegaskan ekonomi Indonesia kukuh dan akan menjadi lebih kukuh lagi.

Beliau berjanji akan berusaha keras memastikan kekayaan negara dinikmati oleh seluruh rakyat Indonesia.

“Ekonomi kita kukuh dan akan menjadi lebih kukuh.

“Kita akan berjuang untuknya. Saya akan bekerja tanpa jemu. Semua kekayaan rakyat, kekayaan bangsa Indonesia, mesti dinikmati oleh seluruh rakyat Indonesia,” ujarnya seperti dilaporkan Utusan pada Khamis.

Presiden Indonesia itu melahirkan kepuasan melihat kejayaan konkrit seperti transformasi kawasan paya yang dahulunya tidak produktif dan dipenuhi buaya di Ogan Ilir menjadi sawah padi yang produktif.

Beliau kekal yakin Indonesia mampu mencapai sara diri makanan.

“Saya benar-benar gembira setiap kali melihat kejayaan yang nyata dan boleh dilihat,” tambah Prabowo.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat