Lelaki Bakar MPV Polis Berjaya Ditahan

- Advertisement -

KUANTAN – Lelaki warga Indonesia yang melarikan diri selepas membakar kereta peronda polis (MPV) di matau balak Kampung Selengkong, Nenasi, Pekan, malam tadi, berjaya ditahan, petang ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan pada 4.20 petang oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan berhampiran tempat kejadian.

“Ketika ditahan, polis turut merampas sebatang tukul dan sebatang kayu.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pekan esok, untuk permohonan tahanan reman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan seorang pekerja balak mengamuk di rumah kongsi di kawasan penyimpanan balak, kira-kira 11 malam tadi.

Sepasukan tiga anggota polis dihantar ke tempat kejadian dengan menaiki MPV Proton Waja dan menemui suspek berseorangan.

Ketika pemeriksaan dilakukan, suspek bertindak agresif dengan memukul dan mencederakan dua anggota polis.

Dia kemudian masuk ke rumah kongsi dan mengambil satu objek menyala seperti api dan membalingnya ke dalam MPV lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat