Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (24 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 827 Sekatan Jalan Raya & pemeriksaan ke atas 627,494 kenderaan

2. Sebanyak 42,941 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 6,700 premis telah diperiksa

3. 550 individu telah ditahan kerana ingkar PKP, 480 direman dan 70 dijamin polis

4. 1014 individu telah dituduh di mahkamah semalam

5. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 23 April 2020 adalah sebanyak 19,048 individu

6. #FakeNews – Sehingga 24 April 2020, PDRM dan SKMM telah membuka 238 kertas siasatan berkaitan berita palsu COVID-19

7. #FakeNews – 170 masih dalam siasatan, 24 kes telah didakwa di mahkamah dan 13 mengaku salah

8. #TakPastiJanganKongsi – Orang ramai boleh menyemak kesahihan berita melalui portal https://t.co/rbDvQlHwoH. Kerajaan beri peringatan untuk berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya

9. Pengurusan Pusat Kuarantin

– Setakat 24 April 2020, sebanyak 204 Pusat Kuarantin telah beroperasi dan 16,186 individu sedang menjalani kuarantin wajib

– 1,426 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam dan dikuarantin wajib

– Seramai 18,053 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020.

– Sejak 17 April, 5,698 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang

10. Semalam, sebanyak 259 operasi sanitasi meliputi 67 Zon Merah & Kuning di 14 negeri, termasuk 40 operasi di Johor dan 31 operasi di Perak

11. 172 bangunan Kerajaan, 126 tempat awam, 106 pusat perniagaan, 157 kawasan perumahan termasuk PPR dan 24 pasar raya telah disanitasi

12. KPDNHEP telah membuat pemantaun harian 25 jenis bekalan di 970 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (753) pemborong (168) & pengilang (31)

13. Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi & mampu menampung keperluan dalam negara & mudah diperolehi

14. Pelajar IPT di Kampus

– Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar bermula Isnin, 27 April 2020 & waktu perjalanan dihadkan dari jam 9 malam hingga 9 pagi

– Pergerakan secara berperingkat hanya melibatkan perjalanan ke Zon Hijau sahaja

– Pelajar yang terlibat akan menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan dibekalkan makanan dan topeng muka

– Kapasiti penumpang akan dihadkan separuh daripada jumlah sebenar bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi

– Pelajar akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah atau Pejabat Daerah yang terdekat dgn rumah dan akan di hantar ke rumah masing-masing oleh agensi Kerajaan yg ditugaskan

– Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri (no interstate travel) & hanya seorang dibenarkan untuk setiap kenderaan

– Kerajaan akan menyediakan penerbangan bagi pelajar yang ingin pulang ke Sabah & Sarawak

– Pelajar yang akan pulang ke Zon Hijau di Sabah dan Sarawak akan diterbangkan ke lapangan terbang terdekat dgn kampung mereka & akan menjalani kuarantin wajib 14 hari

– Kerajaan akan menyediakan makan minum seperti biasa bagi pelajar yang memilih untuk terus berada di kampus

– Pelajar di IPT di bawah kawal selia kementerian lain seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, proses penghantaran pulang perlu mengikuti SOP yang ditetapkan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat