Ebit Lew Hadir Ke Bukit Aman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew memaklumkan beliau hadir ke Cawangan Khas Bukit Aman, hari ini.

Melalui hantaran di Facebook miliknya, beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis itu untuk memberi keterangan berkenaan videonya yang tular beberapa hari ini.

Sebelum itu, beliau juga memaklumkan, pihak polis dari Bukit Aman menghubungi beliau berkenaan perkara tersebut sejak malam semalam berikutan terdapat aduan terhadapnya.

“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat.

“Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan, dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman.

“Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral(tular) beberapa hari lalu kerana ada aduan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau dinasihatkan supaya menunda sementara aktiviti kemasyarakatan yang beliau buat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. ”

Terdahulu, pegawai kepada Menteri Besar Kedah, membidas tindakan Ebit yang menghulurkan bantuan kepada satu keluarga di negeri utara semenanjung itu.

Menurut pegawai tersebut, Ebit memberi bantuan tanpa meminta kebenaran daripada pihak kerajaan negeri terlebih dahulu.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat