Iran Mahu Damai? Tehran Label Dakwaan Rundingan Adalah “Fake News”

WASHINGTON – Presiden United States, Donald Trump, mendakwa rundingan sedang berlangsung dengan Iran bagi menentukan sama ada satu perjanjian lebih luas dapat dicapai, sambil menyatakan bahawa Tehran kini “benar-benar serius” dan mahukan keamanan.

Bagaimanapun, Iran segera menafikan dakwaan tersebut. Speaker Parlimen negara itu menyifatkan kenyataan berhubung rundingan sebagai “berita palsu” dan mendakwa ia digunakan untuk memanipulasi pasaran kewangan serta harga minyak global.

Menurut laporan media antarabangsa Al Jazeera, harga minyak dunia jatuh sekitar 11 peratus selepas Trump mengumumkan penangguhan serangan terhadap loji tenaga Iran selama lima hari, selain mendakwa rundingan sedang berlangsung.

Walaupun terdapat dakwaan usaha diplomatik, situasi di lapangan menunjukkan sebaliknya. Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan bahawa pasukan tenteranya masih meneruskan serangan agresif ke atas sasaran di Iran.

Dalam masa sama, Iran turut meningkatkan serangan balas dengan melancarkan misil dan dron ke arah beberapa negara Teluk termasuk Bahrain, Saudi Arabia dan Kuwait.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat kenyataan mengenai kemungkinan rundingan damai, konflik antara kedua-dua pihak masih berlanjutan dan terus memberi kesan kepada kestabilan serantau serta pasaran tenaga global.

Penganalisis berpendapat percanggahan kenyataan antara Washington dan Tehran mencerminkan ketidaktentuan geopolitik yang tinggi, sekali gus menyukarkan sebarang usaha ke arah penyelesaian konflik dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat