Alam Flora galak penggunaan semula bekas makanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (“Malakoff”), menggalakkan penggunaan semula bekas makanan yang dibawa sendiri ke bazar Ramadan bagi mengurangkan pembuangan sampah.

Menurut kenyataan media Alam Flora, ia juga bagi mengelakkan pembelian secara berlebihan yang boleh mengakibatkan pembaziran dan peningkatan jumlah sisa di tapak perlupusan.

Bagi membantu orang ramai menyahut seruan ini, Alam Flora telah mengagihkan sebanyak
1500 bubur lambuk di dalam bekas yang boleh guna semula dan diedarkan kepada orang
ramai di Pusat Kitar Semula Pandu Laju (DTRC) Aeon Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Encik Adam Saffian Ghazali berkata, ia merupakan usaha kecil Alam Flora sebagai pencetus kepada satu anjakan tabiat membeli-belah yang lebih lestari dan positif terhadap alam sekitar apabila kita kurangkan penggunaan beg plastik secara total.

“Jika secara purata anda menggunakan tiga beg plastik ketika membeli makanan selama sebulan di dalam bulan Ramadan, dan jika anda menggantikannya dengan bekas makanan, anda telah mengurangkan sebanyak 90 beg plastik dan pek polisterin daripada ianya dibuang ke tapak pelupusan. Kalau didarabkan dengan beratus ribu orang… Bayangkan,” tegas Adam.

Beliau berkata demikian selepas program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk 2024 di Wangsa
Maju, Kuala Lumpur. Hadir sama untuk mengagihkan 1500 bekas bubur lambuk dan 100 beg guna semula ialah YB. Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Orang ramai yang lalu lalang tidak melepaskan peluang mengambil 1500 bubur lambuk yang diagihkan

Sehubungan itu, Adam menasihatkan orang ramai supaya berjimat cermat ketika membeli
makanan dan tidak terlalu mengikut nafsu dan juga menyeru agar para peniaga jangan melakukan pembaziran dengan menderma makanan yang tidak habis dijual kepada rumah- rumah kebajikan atau golongan yang lebih memerlukannya.

“Selain itu, Alam Flora turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa khidmat kutipan sampah serta pembersihan akan berjalan seperti biasa semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang nanti,” tambah beliau.

Alam Flora memohon kerjasama orang ramai untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan
Alam Flora di talian 1-800-88-7472 yang beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam untuk berkongsi maklumat tahap kebersihan di kawasan masing-masing supaya tindakan susulan yang bersesuaian boleh diambil.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada tonggak perniagaan Malakoff, aspirasi PenyelesaianAlam Sekitar Malakoff untuk memberi tumpuan kepada pengurusan alam sekitar dan
penyelesaian yang didedikasikan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan planet ini.

Ia juga selaras dengan Matlamat SDG PBB No. 11 di mana ia bertujuan untuk menjadikan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan serta menyokong tujuan menyeluruh Malakoff iaitu ‘Enhancing Life, Enriching Communities’.

MENGENAI ALAM FLORA SDN BHD:
Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan
dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah.

Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan
pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat