MOTAC anjur makan di dalam dulang di Iftar@KL 2024

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan program Iftar@KL selama enam (6) hari iaitu pada 23, 24, 30, 31 Mac dan 6, 7 April 2024 bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan, objektif utama program ini ialah mengimarahkan dan memakmurkan
Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui pengisian aktiviti, merapatkan dan mengeratkan silaturrahim serta toleransi antara kaum menerusi program dan aktiviti.

Jelasnya lagi, Iftar@KL yang dianjurkan oleh JKKN merupakan anjuran bersama dengan rakan-rakan strategik iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan
Persatuan Seni Budaya Putra.

Ujarnya, antara rakan penganjur Iftar@KL pada tahun ini adalah Islamic Tourism Centre (ITC), Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Wilayah Persekutuan, Kementerian dalam Negeri, Kuala Lumpur Food Truck Entrepreneurs Association, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, (MAIWP), Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

“Objektif utama program ini ialah mengimarahkan dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui pengisian aktiviti, merapatkan dan mengeratkan silaturrahim serta toleransi antara kaum menerusi program dan aktiviti bagi menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong tempatan dan antarabangsa menerusi Program Pelancongan Budaya (Culture Tourism).

“Program ini juga dapat menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti bergotong royong dan sukarelawan budaya yang terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan.

”Iftar@KL tahun ini merupakan penganjuran kali ke-12 oleh JKKN sejak pelaksanaannya bermula tahun 2012. Uniknya Iftar@KL kali ini ialah pengunjung berpeluang berbuka puasa berkonsepkan makan berjemaah di dalam dulang/talam,” katanya ketika melancarkan Program IFTAR@KL 2024, di Dataran Merdeka, pada Sabtu.

Kata beliau lagi, program ini bertujuan mengembalikan nostalgia budaya makan di dalam dulang yang mana budaya ini kian dilupakan selain bertujuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Terdapat juga Program Jom Exchange Al-Quran yang merupakan program kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu pemulangan Al-Quran yang tidak mendapat kelulusan dari pihak KDN dan digantikan dengan Al-Quran yang telah diluluskan oleh KDN.

Selain itu menurutnya lagi, JKKN dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) mengadakan malam ‘Suara Dari Gaza’ iaitu persembahan deklamasi puisi dan persembahan nasyid sebagai manifestasi solidariti masyarakat Malaysia kepada umat Islam di Palestin.

“Iftar@KL 2024 dimeriahkan lagi dengan pelbagai pengisian menarik seperti Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk, Solat Berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Bicara Ramadan, Sukarelawan Skuad Budaya, Kaunter Zakat Fitrah dan Jualan Makanan Food Truck.

”Pada tahun ini, Iftar@KL telah mendapat sokongan dari syarikat korporat iaitu Radio Suria FM dan penajaan dari syarikat-syarikat terkenal iaitu Syarikat Minuman F&N dan Vida, ADABI, Pertubuhan KitaFund, dan SWCorp.

“Iftar@KL yang dilaksanakan oleh JKKN ini merupakan salah satu pendekatan yang positif dalam memupuk nilai-nilai murni dan jati diri kepada masyarakat bandar dan khususnya generasi muda seperti contoh melalui aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, program sukarelawan dan agihan bubur lambuk kepada golongan asnaf dan gelandangan.

“Penganjuran program sebegini juga merupakan tanggungjawab sosial Kementerian ini ke arah mencerminkan kerajaan Madani demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” jelas YB Tuan Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN iaitu mysenibudaya di pautan www.facebook.com/mysenibudaya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat