Tiada Parti Politik Boleh ‘Hidup’ Tanpa Sumbangan – Mohd Amar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua parti politik di negara ini ‘hidup’ hasil sumbangan daripada pelbagai pihak dan perkara tersebut merupakan amalan biasa dalam kancah arena politik tempatan.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tiada parti boleh ‘hidup’ tanpa sebarang sumbangan termasuk PAS sendiri yang menerima bantuan kewangan daripada ahli-ahli sendiri tanpa mengira kaya atau miskin.

“Boleh dikatkan semua parti termasuk Umno dan PKR sendiri turut menerima sumbangan dana politik daripada pelbagai pihak termasuk tauke-tauke dan sebagainya.

“Kerana itu kita hairan apabila perkara ini dijadikan isu dan sebab itu suatu ketika dahulu kita pernah cadangkan supaya diadakan satu akta pendanaan pilihan raya,” katanya lapor Utusan Malaysia di Kota Bharu pada Jumaat.

ADUN Panchor itu, memberitahu cadangan tersebut adalah sebagai usaha untuk mengawal sumbangan dana kepada parti politik namun tidak dapat dibentangkan berikutan pembubaran Dewan Rakyat dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Berkenaan persediaan dari sudut kewangan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN), kita usaha mengikut kemampuan. Bagi PAS, biasanya kita kutip derma daripada ahli-ahli yang ikhlas memberi tanpa mengira kaya atau miskin.

“PAS turut meletakkan sasaran kewangan tertentu di setiap kawasan dan proses mengutip derma bagi mengisi keperluan dana kewangan parti berjalan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap agar Kerajaan Perpaduan dapat memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sekiranya mereka belum menerima peruntukan sepatutnya.

“Kita harap kerajaan berikanlah peruntukan kepada mereka semua. Itu harapan kita kerana sebagai ahli Parlimen, walaupun dari blok pembangkang, mereka tetap mempunyai tanggungjawab kepada rakyat di kawasan yang diwakili.

“Macam di Kelantan sendiri, kita tetap beri peruntukan RM100,000 setahun kepada wakil-wakil rakyat Umno bagi membolehkan mereka menguruskan pusat khidmat termasuk dari segi elaun petugas serta bayaran api (elektrik) dan air,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat