Lebih segar, trendy

- Advertisement -

SEGAR, trendy dan ‘vibrant’. Itu tiga perkataan yang boleh digambarkan untuk warna baharu bagi peranti iPhone 14 iaitu ‘Yellow’ sekali gus memberi nafas baharu termasuk penambahan pilihan warna untuk pengguna.

Penulis sangat tertarik dengan warna berkenaan kerana berdasarkan kebiasaan, Apple lebih cenderung untuk memilih warna yang bersifat ‘striking’ atau ‘calm’ seperti sebelum ini.

Pada kali ini, pemilihan ‘kuning’ itu sangat sesuai dengan ciri generasi iPhone 14 dan pengenalan itu menambah seleksi warna kepada enam pilihan iaitu ‘Yellow’, ‘Midnight’, ‘Starlight’, ‘Product Red’, ‘Blue’ dan ‘Purple’.

Berdasarkan pemerhatian penulis, warna ‘Yellow’ ini tidak keterlaluan ‘striking’ atau terlalu menyerlah pada pandangan mata sebaliknya tona warna ini tepat dan mempunyai kemasan yang sangat sempurna.

Bahagian kotak sudah memperlihatkan warna peranti itu di mana tulisan ‘iPhone’ di bahagian sisi kotak didatangkan dengan pancaran ‘Yellow’ jika terkena cahaya.

Apple juga bijak melakukan kemasan terhadap variasi iPhone 14 ini dengan bingkai di bahagian tepi turut didatangkan dengan warna peranti itu.

Contohnya, untuk peranti berwarna ‘Yellow’ ini, bingkainya turut didatangkan dengan warna seakan-akan kuning.

Untuk pengguna yang mahukan warna trendy dan versatil, pilihan ‘Yellow’ ini adalah warna yang tepat untuk menukar peranti.

Kedua-dua variasi berkenaan dibina menerusi kerangka tahan lasak bersama pelindung seramik di bahagian depan dan pengenalan baharu ini juga memberi jaminan ketahanan prestasi dalam operasi paling optimum.

Dua generasi ini menggunakan skrin paparan berkeluasan 6.1 inci serta 6.7 inci termasuk rekaan aluminium bertaraf ‘aerospace’ serta ketahanan air dan habuk tanpa masalah.

 

KEMASAN bingkai untuk iPhone ini juga turut menggunakan warna kuning sesuai dengan warna asas peranti ini.
KEMASAN bingkai untuk iPhone ini juga turut menggunakan warna kuning sesuai dengan warna asas peranti ini.

 

Variasi iPhone 14 Plus juga menawarkan ketahanan jangka hayat bateri lebih sepanjang hari dan kedua-dua model berkenaan turut didatangkan dengan tetapan kamera dua lensa.

Pengguna yang mahu mendapatkan warna baharu ini boleh melakukan pra tempahan bermula Jumaat ini dan ia akan mula berada di pasaran pada Selasa depan.

Naib Presiden Pemasaran Produk Seluruh Dunia Apple, Bob Borchers berkata, pengguna suka tentang peranti ini dengan pengenalan warna baharu ini.

“Peranti ini didatangkan dengan kefungsian lensa kamera bertaraf pro dengan rekaan yang ringan bersama-sama fungsi kecemasan iaitu SOS menerusi satelit.

“Ia sekali gus menjadikan iPhone 14 sebagai pilihan peranti paling tepat untuk pengguna,” katanya.

Sebelum ini, lima warna sudah diperkenalkan iaitu Midnight, Starlight, Product Red, Biru, Ungu dan terbaharu ialah kuning.

H Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat