‘Lead To Champion’ naik taraf siri C, realme C55 rasmi 28 Mac

- Advertisement -

JENAMA peranti terkemuka, realme terus menerajui industri menerusi penghasilan pelbagai siri telefon pintar yang berprestasi tinggi dengan teknologi canggih.

Antara model realme yang kerap menjadi sebutan adalah siri C yang direka khusus bagi membolehkan setiap pengguna menikmati pengalaman teknologi terbaik pada harga mampu milik.

Menurut Pengurus Produk realme Malaysia, Michelle, realme komited membawakan siri C kepada lebih ramai pengguna memandangkan siri ini mendapat sambutan hangat selain mampu menawarkan kepuasan dalam kelasnya tersendiri.

Setakat ini, realme sudah melakukan beberapa siri penyelidikan dan penambahbaikan menerusi strategi inovasi siri C bagi menghasilkan sebuah peranti bertaraf juara dalam kelasnya.

Strategi inovasi ‘Lead To Champion’

Ditanya mengenai strategi ‘Lead To Champion’ dalam pembaharuan siri C, Michelle menyatakan bahawa realme memberi keutamaan terhadap setiap maklum balas pengguna.

“Kami sudah melaksanakan lebih 50 perbincangan dan mengumpul puluhan ribu maklum balas pengguna untuk mengetahui ciri penting yang diinginkan mereka.

“Berdasarkan penelitian, kami mengenal pasti tiga aspek utama yang mempengaruhi pengalaman pengguna iaitu penawaran storan besar, kamera berkualiti dan pengecasan pantas,” katanya.

Tambah Michelle, realme percaya bahawa semua ciri ini adalah sebahagian keperluan yang perlu ada dalam sebuah peranti alaf baru dan menjadikannya boleh diakses oleh semua adalah fokus utama dalam misi menambah baik siri C.

Menurut Michelle, siri C yang akan datang bakal menjadi peneraju segmen dengan teknologi terbaik dalam kelasnya menerusi empat bidang utama iaitu kamera, storan, pengecasan dan reka bentuk.

“Kami menjanjikan peranti baharu siri C kelak bakal disertakan kamera dengan megapiksel lebih tinggi, ruang storan yang besar dan teknologi pengecasan lebih pantas.

“realme juga komited memacu rekaan peranti ke peringkat lebih tinggi bagi menghasilkan telefon pintar yang tampak lebih premium di pasaran,” katanya.

Untuk mencapai semua piawaian ini, realme menggabungkan teknologi, rekaan dan pengalaman pengguna yang terbaik dalam kelas bagi memastikan siri C baharu bergelar juara dalam kelasnya.

Hasil penyelidikan yang berterusan, pengguna realme dapat menjangkakan siri C baharu yang bakal menembusi pasaran akan datang dilengkapi dengan semua ciri peneraju segmen dan reka bentuk yang inovatif.

Siri C55 juara dalam kelasnya

Sementara itu, Michelle mengumumkan bahawa peranti pertama yang akan dilancarkan di bawah strategi pembaharuan siri C iaitu siri realme C55 bakal dirasmikan untuk pasaran Malaysia pada 28 Mac ini.

Berkongsi lanjut mengenai peranti itu, Michelle berkata siri C55 menjadi telefon pintar pertama dalam segmen kelas permulaan yang didatangkan dengan ciri Mini Capsule terbina, membolehkan pelbagai informasi penting diakses dengan mudah.

Ia termasuk makluman mengenai bateri, status pengecasan telefon, penggunaan data masa nyata dan kiraan langkah harian.

“Siri C55 juga menjadi pemecah tradisi apabila tersenarai antara peranti terawal dalam kelasnya yang dilengkapi dengan kamera sensor utama 64MP, biasanya hanya didapati pada peranti kelas mercu.

“Selain itu, peranti ini turut dilengkapi fungsi fotografi tambahan seperti mod fotografi jalanan dengan teknologi Dynamic Image Snapshot (DIS), membolehkan gambar tajam serta berkualiti tinggi diambil walaupun peranti dalam keadaan bergegar atau tidak stabil.

“Penyertaan beberapa jenis penuras seperti penuras jalanan, B&W Plus, Dramatik dan Pop 90-an serta fungsi fotografi lain seperti Potret Bokeh Flare, Potret Warna AI dan Mod Berbintang turut menjadi nilai tambah kepada peminat dunia fotografi,” katanya.

Bercakap mengenai paparan utama realme C55, peranti baharu ini didatangkan dengan skrin IPS LCD FHD+ 6.72-inci menyokong kadar segar semula 90Hz.

Ia juga hadir dengan cip MediaTek Helio G88 sebagai pemproses utama yang digabungkan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Tambah Michelle lagi, siri C55 disertakan bateri sebesar 5000mAh, dipadankan dengan sistem pengecasan pantas 33 watt yang mampu mengecas semula peranti sehingga 50 peratus dalam tempoh hanya 29 minit.

Sebagai nilai tambah, siri C55 beroperasi menggunakan antaramuka terkini realme UI 4.0 berasaskan Android 13. Ia memuatkan sistem imbasan cap jari sisi dan pembesar suara dengan sokongan Ultra Volume Mode yang membenarkan tahap audio ditingkatkan mencapai tahap 200 peratus.

“Dengan semua teknologi terkini yang ditawarkan pada siri realme C55, peranti ini bakal menjadi telefon pintar paling diidamkan peminat teknologi tahun ini.

“Menerusi siri realme C55, produk juara pertama kami, kami komited membawa pengalaman pengguna ke peringkat seterusnya. Ini bermula dengan produk siri C kami yang paling maju, dengan inovasi dan penemuan besar dalam semua bidang,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri C55 dan pelancaran rasminya di Malaysia pada 28 Mac ini, layari www.realme.com/my.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat