Syafie tak tergugat

- Advertisement -

MULA bertapak dalam bidang lakonan sejak kanak-kanak, kini Syafie Naswip terus bertahan dan kekal relevan.

Walaupun semakin hari semakin ramai bakat baharu muncul, itu tidak membuatkan Syafie melihat mereka sebagai pesaing.

Baginya, bakat dan rezeki setiap individu itu sudah ditetapkan dan ada jalan masing-masing.

“Saya tak pernah menganggap kehadiran bakat-bakat baharu terutamanya dari media sosial sebagai satu persaingan. Bagi saya, masing-masing ada cara tersendiri dan bakat masing-masing.

“Kalau nak bercerita mengenai kemampuan, saya yakin setiap daripada kita akan menyerlah kalau dapat skrip dan pengarah yang dapat membantu,” katanya.

Berkongsi mengenai karier seninya yang masih lagi berlangsung dengan baik, Syafie berkata, dia tidak pernah menjadi terlalu memilih dalam menerima apa-apa tawaran.

“Saya tak pernah terlalu cerewet atau memilih kerja. Dari segi peluang dan rezeki, itu semua Allah sudah tetapkan.

 

 

“Secara peribadi, saya tak pernah kisah pun dengan siapa saya bekerja. Kalau saya rasa sesuai untuk saya buat dan saya berkemampuan untuk menjayakannya, saya akan terima,” katanya.

Terbaru, filem lakonannya, Gila Gusti baru saja memulakan tayangan di pawagam pada 17 Mac lalu.

“Ini satu pengalaman baharu dan menarik untuk saya. Seronok sebab ada macam-macam bakat yang saya anggap luar biasa.

“Saya juga gembira kerana berpeluang bekerja dengan banyak bakat-bakat baharu dalam filem ini,” katanya.

Berkongsi mengenai watak Mamat dalam filem Gila Gusti, Syafie menganggap itu sebagai satu eksperimen untuknya melakonkan watak komedi dalam filem.

“Saya jarang bawakan watak komedi dalam filem. Jadi, ini adalah satu karya yang saya anggap sebagai medan untuk bereksperimen.

“Sekiranya menjadi, itu bonus buat saya. Kalau tak, saya kena belajar lagi dan anjakkan lagi had saya dalam mempelbagaikan watak sebagai pelakon.

“Saya tak boleh selesa di satu tempat saja dan kerana itulah saya sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baharu. Menjadi atau tidak, itu di luar kawalan,” katanya.

Selain Syafie, filem itu juga turut dibintangi beberapa pelakon baharu antaranya Ayez Shaukat, Diana ‘Pheonix’ dan Aisar Khaled.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat