Hotel Milik Artis Indonesia Jadi Sarang Pelacuran Remaja Bawah Umur

JAKARTA – Sebuah hotel yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dijadikan sarang pelacuran khusus buat remaja bawah umur.

Kejadian itu terbongkar selepas polis melakukan serbuan di sebuah hotel milik artis, Cynthiara Alona di Tangerang Kota, Banten pada 16 Mac lalu.

Serbuan mendapati terdapat 30 bilik hotel berkenaan dipenuhi 15 mangsa eksploitasi seksual bawah umur.

Portal Detik melaporkan, jurucakap polis Metro Jaya Yusri Yunus berkata, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang juga artis.

Yusri berkata, Cynthiara dikenal pasti sebagai pemilik hotel, manakala dua lelaki lagi berperanan mencari pelacur dan menguruskan hotel berkenaan.

“Cynthiara mengetahui Hotel Alona miliknya dijadikan sarang pelacuran.

“Dia menjadikan hotel itu sarang pelacuran berikutan tiada pendapatan selepas pandemik Covid-19,” katanya.

Menurutnya, modus operandi mereka terbongkar apabila menawarkan kanak-kanak bawah umur di media sosial.

“Ejen dan bapa ayam cuba memikat mangsa dengan mengajak mereka bercinta.

“Kemudian mereka akan menawarkan mangsa bawah umur dalam media sosial Michat khusus untuk lelaki hidung belang,” kata Yusri.

Kejadian itu berlaku selama tiga bulan dan mangsa dijual dengan harga 400,000 rupiah sehingga satu juta rupiah (RM114 hingga RM286).

Datuk Bandar Tangerang, Arief R Wismansyah berkata, hotel itu memperoleh permit beroperasi daripada pihak berkuasa.

“Kita cuma berikan permit hotel secara kontrak,” katanya. – HMetro

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Pasangan Kekasih Dalang Sindiket Edar Dadah Berjaya Ditumpaskan – Polis

PETALING JAYA – Sindiket pengedaran dadah yang didalangi sepasang kekasih tumpas selepas penahanan pasangan terbabit di sebuah kondominium di sekitar Puchong Jaya pada Jumaat...

Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN - Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang...

2,078 Kes Baru Covid-19, Lapan Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan 2,078 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan,...