Budak 3 Tahun Maut Di Tangan Ibu Kandung, Bapa Tiri Dalam Ritual Puja Syaitan

- Advertisement -

QUITILIPI: Ibu dan bapa tiri kepada seorang budak berusia 3 tahun ditahan selepas dipercayai menyebabkan kematian kanak-kanak itu dalam satu ritual pemujaan syaitan.

Menurut leporan media tempatan, mangsa dicucuk dengan beberapa jarum di bahagian dadanya berdekatan organ jantung dan paru-paru.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di hospital dekat Quitilipi, Argentina selepas mengalami jangkitan di beberapa organ, sekali gus menyebabkan serangan jantung.

Ibu kandungnya yang berusia 20 tahun dan bapa tiri mangsa, 19, ditahan polis di pinggir perkampungan yang didiami mereka ketika cuba melarikan diri.

Sebatang jarum, yang biasanya digunakan untuk menjahit kasut berukuran 10 sentimeter ditemui di bahagian jantung mangsa.

Sebatang lagi jarum lama yang dimasukkan ke dalam badannya dikatakan menjadi punca kepada berlakunya jangkitan.

Hasil siasatan mendapati motif pembunuhan itu adalah berkait dengan aktiviti ritual pemujaan.

Selain mengalami pelbagai jangkitan organ, pihak pendakwaan turut mendedahkan mangsa mengalami radang di bahagian paru-paru dan buah pinggang yang menjadi punca kepada serangan jantung.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,575FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat