Wan Rosdy Sah Bertanding Jawatan Naib Presiden UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu bulan depan.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang itu hadir pada jam 3 petang bagi menyerahkan borang pencalonan di Menara Dato’ Onn hari ini.

Menurutnya, keputusan untuk menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan adapah untuk menyumbang bakti kepada Umno pusat sekaligus membantu kepiminan parti.

“Saya sebenarnya terpanggil untuk bertanding ini apabila ada kekosongan dan bila saya menyatakan hasrat untuk bertanding sudah tentul saya ada keyakinan untuk menang.

“Sebab Itu Saya menawarkan diri dan Saya serahkan kepada perwakilan untuk menilai prestasi terutama di Pahang samada dari sudut pentadiran negeri atau politik,” katanya ketika sidang media hari ini.

Wan Rosdy berkata cabaran yang telah dilalui olehnya sehingga mendapat kemenangan pertama parti di PRK Parlimen Cameron Highlands, selepas PRU14 diharap mampu membantu dalam kemenangan pemilihan parti kali ini.

“Saya melihat semasa 22 bulan di Pahang dimana kita tidak bersama dengan kerajaan persekutuan dan kita telah mentadbir secara beresendirian kemudian diikuti dengan PRK di Cameron Highland di situlah ‘turning point’ dimana Umno BN buat pertama kalinya menang dan dari situ kita terus mencipta kemenangan.

“Semasa PRU pula Di Tioman, kita dapati calon yang sepatutnya bertanding telah meninggal dunia dan diadakan secara berasingan dan ketika Itu juga ‘tsunami’ sama seperti di Cameron Highland tetapi alhamdulillah umno Pahang, masih dapat mempertahankan Tioman,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat