Sumbangan Tunai Rahmah sehingga RM3,100 kepada B40

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah RM3,100.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2023.

“Beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR. Antaranya ialah isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

“Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih,” katanya dalam pada pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat.

Menurut Menteri Kewangan itu lagi, sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.

“Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

“Secara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

“Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40, tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara.

“Tidak dilupakan, kepada 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat