Kerajaan Tolong ‘Top-up’ RM500 Dalam Akaun 1 KWSP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Bagi menjayakan usaha itu, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10 ribu di dalam Akaun 1 mereka, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak RM500.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.

Pada masa yang sama, menurut Perdana Menteri lagi, Kerajaan berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

Kata Perdana Menteri, situasi ini berlaku setelah negara dibelenggu dengan musibah pandemik COVID-19, rakyat terpaksa beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik.

“Kini setelah rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan yang diterima untuk menyera kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.

Sekarang ini, anak muda yang mencari pendapatan sebagai gig riders terdedah dengan bahaya kemalangan jalan raya dan lebih malang sekiranya mereka tidak punyai sebarang perlindungan pekerjaan.

Hal demikian, Anwar berkata, Kerajaan bertekad untuk meningkatkan kemampanan sistem keselamatan sosial dengan mewajibkan semua pekerja sendiri untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) secara berperingkat.

“Ini sebagai langkah melindungi mereka daripada sebarang kejadian tidak diingini, kemudahan perlindungan sosial perlu terus diberi perhatian.

“Sehubungan itu dalam tempoh peralihan, Kerajaan akan menanggung 80 peratus daripada nilai caruman PERKESO bagi mengurangkan bebanan dan menggalakkan pekerja sendiri membuat caruman dalam Skim Pekerjaan Sendiri PERKESO, RM100 juta disediakan untuk memanfaatkan golongan yang bekerja sendiri,” katanya.

Tambah beliau lagi, melihatkan kepada kepentingan membina simpanan hari tua yang mencukupi dengan menggalakkan simpanan secara sukarela, Kerajaan bercadang meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga RM3,000.

“Bagi menggalakkan lebih ramai orang bekerja sendiri menyimpan dalam KWSP, Kerajaan meningkatkan nilai sumbangan padanan iSaraan kepada 300 ringgit berbanding 250 ringgit sebelum ini.

“RM30 juta disediakan untuk manfaat lebih 100 ribu pencarum,” ujarnya.

Selain itu, Kerajaan menyokong peningkatan pegangan ekuiti dalam kalangan Bumiputera. Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada 300 ribu ringgit berbanding RM200 ribu sebelum ini.

Kata beliau, pentadbiran ini juga bersetuju untuk meningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) sebanyak RM5 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat