Shamsul Anuar Sahkan Tanding Pertahan Jawatan Ahli MKT UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan akan bertanding mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini.

Memetik laporan BH, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan mendalam dan sewajarnya.

“Saya memutuskan untuk mempertahankan kedudukan saya sebagai ahli MKT UMNO. Maka dengan rendah diri, saya sekali lagi menawarkan diri dan ingin mempertahankan jawatan terbabit.

“Tiada lain niat saya, melainkan kerana Allah dan ingin berbakti kepada parti demi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara tercinta,” katanya.

Shamsul yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, beliau ingin terus berkhidmat dan berbakti kerana kesetiaannya tetap kepada parti.

Menurutnya lagi, beliau akan melakukan apa sahaja demi UMNO selagi perjuangan parti tidak lari dari prinsip serta ideologinya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat