PM Hargai Bernas Sumbang 30 Peratus Untung Kepada Pesawah Padi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240 ribu pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

“Rakyat yang meraih pendapatan sebagai pesawah dan pekebun kecil getah turut terus diberi bantuan sewajarnya. Mereka ialah kelompok miskin yang bertarung dengan cuaca tidak menentu, terutama sewaktu musim tengkujuh untuk meraih pendapatan

“Saya sekali lagi ucap terima kasih dan penghargaan atas kesudian Syarikat Padiberas Nasional Negara (Bernas) untuk menyumbang sejumlah dana bagi membantu para pesawah miskin.

“Ini tentunya dapat membantu dan menambah keperluan hidup para pesawah. Selain sumbangan RM60 juta yang disediakan,” katanya.

Perdana Menteri juga menambah, Bernas turut bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.

Perkembangan sama katanya, kerajaan peka akan kenaikan kos pengeluaran dan penurunan harga getah yang agak membebankan pekebun kecil getah.

Jelas beliau, bagi meningkatkan pendapatan minimum penoreh getah, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta.

“Melalui kenaikan ini, saya menggesa Lembaga Getah Malaysia (LGM) memudah cara kaedah tuntutan terutamanya melibatkan pekebun kecil yang terpaksa keluar berpuluh kilometer hanya untuk mendapatkan insentif tersebut.

“Ini tidak boleh lagi menjadi amalan kerana menyusahkan rakyat. Saya mahu, LGM lebih responsif turun padang menguruskan tuntutan pekebun kecil dan mula bertindak proaktif dalam soal penyaluran tuntutan,” kata Anwar.

Selanjutnya ujar Anwar, Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan.

Kata beliau, ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta.

“Bagi meningkatkan permintaan getah sekali gus menambah pendapatan pekebun kecil, Kerajaan akan menyediakan RM50 jut untuk menggunakan Cuplump Modified Bitumin (CMB) bagi penyelenggaraan jalan.

“Bahan CMB dilihat lebih memanjangkan jangka hayat jalan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat