3,545 Jangkitan Baru Covid, 12 Kes Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,545 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu di negara ini 291,774 kes dengan 30,677 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu berkenaan, 3,544 kes membabitkan penularan tempatan terdiri daripada 1,544 rakyat negara ini dan 2,000 warga asing manakala satu kes import membabitkan bukan warganegara.

Beliau berkata, kes jangkitan tertinggi direkodkan di Negeri Sembilan dengan sebanyak 1,392 kes dicatatkan, diikuti Selangor (581), Kuala Lumpur (381), Sarawak (353) dan Johor (318).

Katanya, sebanyak 189 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 88 kes memerlukan alat bantuan pernafasan manakala sebanyak 12 kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan hari ini.

Sebanyak 11 kematian membabitkan rakyat tempatan manakala seorang lagi adalah warga asing, dengan jumlah kumulatif kematian kini sebanyak 1,088 kes atau 0.37 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan di Malaysia hingga kini.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, 3,331 kes pulih dari jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 260,009 kes atau 89.11 peratus daripada keseluruhan kes. – BH

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...