OPR kekal 3.0 peratus, tak naik – BNM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.

Pada mesyuarat terakhir bagi 2023 yang diadakan November tahun lalu, MPC membuat keputusan untuk mengekalkan kadar berkenaan pada 3.0 peratus.

Kadar penanda aras yang menjadi rujukan kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu dikekalkan selepas kenaikan pertama bagi 2023 diumumkan Mei tahun lalu sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus.

Pada Januari sehingga Mac 2023, OPR dikekalkan pada kadar 2.75 peratus selepas empat kenaikan berturut-turut bermula Mei, Julai, September dan November 2022, dengan masing-masing meningkat 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Mesyuarat MPC BNM seterusnya dijadualkan 6 dan 7 Mac 2024.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat