MP Bersatu ke-6 sokong PM, Zulkafperi Tanjong Karang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang lagi Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadikan wakil rakyat keenam daripada parti itu berbuat demikian.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi menyatakan sokongannya berkuat kuasa hari ini selepas menyedari keperluan kepada kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata keputusan itu juga sebagai menginsafi keperitan kehidupan rakyat dengan kos sara hidup yang menghimpit ketika ini.

“Keputusan ini bertujuan untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk di Parlimen saya terus terbela dan akan mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan infrastruktur dan keperluan setempat.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif Kerajaan Madani yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Pada kenyataan sama, beliau menegaskan masih setia sebagai ahli Bersatu dan tidak akan mengkhianati parti itu.

“Demi kelangsungan Parlimen Tanjong Karang seiring dengan pemerintahan peringkat Persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama dengan kepemimpinan Putrajaya yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Tambah beliau, pengisytiharan sokongan itu dibuat tanpa paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak.

“Saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjong Karang,” katanya.

Sebelum ini, lima Ahli Parlimen Bersatu yang terlebih dahulu mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat