Malaysia tuntut Israel bertanggung jawab langgar undang-undang antarabangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia melalui Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menuntut Israel untuk bertanggungjawab ke atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas dilakukan ke atas Palestin.

Mohamad menyatakan pendirian Malaysia itu di Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Berhubung Isu Palestin yang diadakan di Security Council Chamber, UN headquarters.

“Alhamdulillah telah saya suarakan bahawa Malaysia menuntut Israel untuk bertanggungjawab ke atas pelanggaran Undang-Undang Antarabangsa yang jelas dilakukannya.

“Malaysia juga menyambut baik dan menyokong keputusan Afrika Selatan untuk memulakan prosiding perundangan ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Kami juga dengan tegas menyeru agar Majlis Keselamatan mengambil tindakan segera untuk menghentikan pembunuhan rakyat Palestin dengan segara mengadakan gencatan senjata,” kata Mohamad.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gesaan Malaysia ini seiring dengan kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Kampala, Uganda bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.

“Keamanan dan kedamaian hanya dapat dicapai dan dipertahan jika hak sebenar dikembalikan kepada yang berhak.

“Jika penindasan, kekerasan, rampasan hak, dan dasar apartheid dibenar berleluasa, nescaya tiada suatu noktah yang selamat dalam kehidupan. Pasti suatu hari, sekarang atau di masa hadapan, mereka yang tertindas dan dinafikan segala hak akan bangkit menentang ketidakadilan sebegini.

“Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip yakni Palestin berhak mendapat hak membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasar garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kota,” tegas Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat