Lelaki Maut Ketika Buat Aksi TikTok Di Landasan Kereta Api

- Advertisement -

ISLAMADAB: Seorang lelaki dilanggar kereta api ketika beliau merakamkan aksi berjalan di sepanjang trek untuk aplikasi TikTok, semalam.

Menurut polis dan penyelamat, kemalangan itu berlaku di kejiranan Shah Khalid di bandar Rawalpindi, berhampiran ibu kota Islamabad.

Hamza Naveed, 18, berjalan di sebelah trek, sementara seorang rakannya merakamkan aksi itu.

Jurucakap agensi penyelamat tempatan, Raja Rafaqat Zaman memberitahu kereta api melanggar lelaki itu ketika dia sedang beraksi berjalan di landasan kereta api untuk video TikTok.

Katanya, pekerja penyelamat bergegas ke lokasi, tetapi pemuda itu sudah mati.

Rakan pemuda itu memberitahu pekerja penyelamat bahawa mangsa beraksi untuk video bagi disiarkan di TikTok dan akaun media sosialnya yang lain, kata Zaman.

Seorang pegawai polis di balai tempatan mengesahkan kemalangan itu.

Seperti di negara lain, mengambil gambar swafoto dan membuat video untuk media sosial sangat popular di Pakistan, dengan kebanyakan anak muda sentiasa mengemas kini akaun Facebook, Twitter dan TikTok mereka. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat