Pengkritik Tun Musa Aman perlu tahu fakta- Rahman Dahlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengingatkan pengkritik pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah supaya memahami fakta sebelum membuat pelbagai tuduhan yang tidak wajar.

Rahman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengingatkan pengkritik bahawa Tun Musa bukan sahaja dibebaskan oleh sistem keadilan negara malah juga oleh Independent Commission Against Corruption (ICAC), Hong Kong.

“Ada pihak mempertikai perlantikan TMA (ed. Tun Musa Aman) kerana kononnya ada tangan-tangan ghaib yang mempengaruhi keputusan mahkamah, SPRM dan Peguam Negara, saya ingin cadangkan mereka merujuk kepada keputusan yang telah dibuat oleh Independent Commission Against Corruption (ICAC), Hong Kong kerana sebelum ini, ada seorang ahli parlimen pembangkang (pada waktu itu), telah membuat aduan rasuah yang sama terhadap TMA kepada ICAC.

“ICAC adalah antara agensi anti rasuah yang paling dihormati dan disegani di persada antarabangsa.
Menurut Transperancy International (sebuah badan bebas antarabangsa yang berfungsi untuk memantau dan membanteras rasuah di seluruh dunia), reputasi dan profesionalisme kerja ICAC telah menjadi piawaian emas atau “Gold Standard” kepada agensi pembenteras rasuah di seluruh dunia.

“Tiada siapa yang berani menuduh ICAC dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib kerana ICAC mempunyai kredibiliti yang sukar untuk dipertikai. Untuk makluman, ICAC telah membuat siasatan yang terperinci (termasuk kerja-kerja siasatan dalam Malaysia) terhadap tuduhan ahli pembangkang itu dan akhirnya ICAC mendapati tidak ada kes yang boleh dituduh terhadap TMA. ” tulis Rahman dalam akaun media sosialnya semalam.

Sehari sebelumnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan kritikan hebat penyokongnya mendakwa beliau telah menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk turut mempertimbangkan beberapa beberapa nama lain.

Menurut portal pro kerajaan Madani, Malaysiakini, Anwar berkata demikian bagi mengulas kritikan terhadap komitmennya dalam memerangi rasuah susulan pelantikan Musa Aman bagi jawatan itu.

Berbanding dengan dakwaan awal Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bahawa Anwar tidak masuk campur dalam pelantikan tersebut, ternyata ada usaha dari Anwar untuk mengenepikan Musa Aman.

Musa adalah kambing hitam PH sejak lebih sedekad lalu. Pada 2009, Setiausaha Politik Perdana Menteri yang ketika itu Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah pergi ke Hong Kong dan membuat laporan kepada ICAC berhubung kes dakwaan pengubahan wang haram melibatkan beberapa pemimpin dari Sabah, termasuk Musa Aman.

Pada 2012, Pengarah strategi PKR, sekarang Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pergi ke ICAC untuk mengemukakan dakwaan “bukti”. Beliau diiringi oleh bendahari parti ketika itu dan Ahli Parlimen Selayang William Leong, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan ketika itu Hee Loy Sian dan Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat