Saya Tetap UMNO Dulu, Kini Dan Selamanya – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Bagi saya mudah sahaja, saya tetap UMNO dulu, kini dan selamanya’, itulah luahan Ketua Bahagian UMNO Sembrong, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien apabila ditanya pendiriannya selepas melalui satu episod sukar di PRU-15.

Tegasnya lagi, beliau tidak akan ke mana-mana dan cakap-cakap diluar sana adalah usaha untuk memburukkan dan menidakkan dirinya sahaja.

Jelas beliau, perjalannya dalam politik sejak dari peringkat UMNO Cawangan Sungai Mati, Bahagian Ledang tidak pernah mudah. Itulah asam garam perjuangan.

“Sukar memang sukar, jalan ke depan ini takkan senang,

“PRU-15 BN kalah teruk, hanya dapat 30 kerusi,

“Satu keputusan yang patut menginsafkan dan menyedarkan kita semua, khususnya warga UMNO dan Barisan Nasional.” Kata Hishammuddin melalui perkongsian video melalui Facebooknya pada Khamis malam.

Ujar beliau, UMNO perlu lakukan penambahbaikkan, dan apa jua pembetulan yang diperlukan untuk parti kesayangan ini.

“Banyak sangat kerja kena buat kalau nak pulihkan semula keyakinan rakyat,

“Kita tak boleh salah langkah lagi.” katanya lagi.

Kata Hishammuddin lagi, lebihan masa yang beliau ada sekarang ini beliau akan gunakan sebaik mungkin demi kelangsungan dan masa depan parti.

Beliau juga menasihatkan ahli-ahli parti di akar umbi agar bulatkan tekad, rapatkan barisan dan sama-sama melihat ke hadapan demi masa depan dan kelangsungan perjuangan.

“Akhirnya dan insaflah kerana kita semua orang perjuangan.” Ujarnya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat