Jika Ada Salah Laku Belanja Covid-19, Sila Ambil Tindakan Kata Hamzah Kepada Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan terhadap pengurusan perbelanjaan Covid-19, ambil sahaja tindakan terhadap mana-mana yang terlibat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membuat tuduhan semberono terhadap Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung PN itu malah mengingatkan Anwar supaya tidak membuat ‘berita palsu’.

“Jangan pula sokongan yang ikhlas dan jujur daripada rakyat terhadap PN ditohmah sebagai sokongan yang dibeli dengan wang perjudian.

“Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz) ketika itu berkuasa penuh atas lesen perjudian. Malah beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bukan PN dan beliau adalah Bendahari BN Selangor. Tiada kena mengena dengan PN.

“Manakala jika ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan terhadap pengurusan perbelanjaan Covid-19, ambil sahaja tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

“Tanyalah sendiri YB Senator Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan sepanjang tempoh kritikal pandemik, bagaimana tatacara pengurusan ransangan dan bantuan RM600 billion yang telah diumumkan dalam pemerintahan kerajaan lalu,” tegas Ahli Parlimen Larut itu.

Sebelum ini, Anwar mengingatkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mencabarnya untuk mendedahkan penyelewengan perbelanjaan RM530 bilion oleh pentadbiran PN sebelum ini.

Perdana Menteri mendedahkan ada beberapa proses tidak dipatuhi dan terdapat syarikat berkepentingan melibatkan keluarga dalam penyelewengan perbelanjaan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat