Kedah Mahu Pampasan Caj Air Mentah Bukan Sumbangan Wang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Kedah tidak lagi mahu berkompromi isu air dengan Pulau Pinang.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan pihaknya menuntut pampasan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang dan bukannya sumbangan dalam memelihara kawasan tadahan air Ulu Muda.

Katanya, kerajaan negeri menetapkan bayaran 10 sen bagi setiap meter padu air, namun bersedia untuk berunding harga berkenaan dengan kerajaan Pulau Pinang.

“Kita nak bayaran (pampasan) bukan sumbangan, sumbangan ini ikut suka, sumbang berapa duit.. empat kupang (40 sen), lima kupang (50 sen).

“Kita nak bayaran yang kita letak satu meter padu 10 sen, orang Kedah kata sekupang kemudian boleh dirunding harga itu, mereka tak boleh bagi sumbangan, sumbangan ini nak bagi tak apa, tak bagi tak apa, tapi kita memang nak bayaran juga,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melalui yang menggalakkan Pulau Pinang memberi sumbangan kewangan atas pengorbanan Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata beliau menganggap kesediaan Pulau Pinang yang mahu berunding adalah suatu petanda positif.

“Mereka memberi maklum balas menerusi kenyataan akhbar sahaja bahawa sedia berunding dan kita anggap itu perkembangan positif memulakan proses rundingan itu.

“Rundingan awal akan dimulai di peringkat pegawai dulu khususnya melalui Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK),” katanya.

Jelasnya, sama ada bayaran itu dibuat oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) atau kerajaan negeri berkenaan, itu bukan hal utama asalkan ia dibayar setiap tahun.

Tambahnya, sebelum ini Kerajaan Pulau Pinang mengenakan caj air mentah kepada PBAPP sebanyak enam sen bagi setiap satu meter padu.

“Jadi dialah (Pulau Pinang) patut bayar (kepada Kedah). Kalau PBAPP nak bayar pun saya terima, siapa bayar tak kisah,” katanya.

Kerajaan Kedah sebelum ini menuntut PBAPP menjelaskan bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun.

Tuntutan bayaran itu sudah dibuat kepada PBAPP sejak 2010, namun tiada sebarang tindakan dibuat oleh pihak berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat