Urusan hotel bidang kuasa kerajaan negeri, kekurangan pekerja punca masalah daftar masuk dan keluar hotel – King Sing  

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan urusan berkaitan rumah tumpangan dan pemalaman, termasuk kawal selia tatacara operasi premis berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Justeru, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing memberitahu, Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) memperuntukkan keperluan pendaftaran premis penginapan pelancong, termasuk hotel tetapi kawal selia dan penguatkuasaan operasi hotel bukan di bawah kementerian itu.

Bagaimanapun King Sing berkata, MOTAC akan berbincang dengan kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung kewajaran memasukkan peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawal selia tatacara operasi hotel ke dalam Akta 482.

“Selain itu, MOTAC akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menyelesaikan isu merangkumi pengambilan pekerja dalam sektor perhotelan bagi memastikan standard dan perkhidmatan premis penginapan pelancong sentiasa tinggi, terutama dalam melaksanakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2025,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) sama ada kementerian mengambil serius dengan memantau lebih dekat isu penetapan waktu daftar masuk dan keluar oleh pengusaha hotel, susulan rungutan kebimbangan orang awam mengenai ketidakadilan hotel tempatan yang sewenang-wenangnya mengubah waktu daftar masuk dan keluar hotel.

Mengulas lanjut King Sing berkata, susulan perkhidmatan di hotel membabitkan pelancong, MOTAC mengadakan libat urus dengan pengusaha hotel pada 17 Oktober lalu bagi membincangkan mengenai daftar masuk dan keluar, yang berpunca daripada kekurangan tenaga kerja di premis berkenaan dan akan mempertimbang cadangan yang diutarakan.

Isu waktu penginapan hotel berbangkit selepas pengguna mempersoalkan tindakan sesetengah hotel menetapkan waktu daftar masuk ke premis bermula jam 4 petang, manakala daftar keluar adalah pada jam 11 pagi keesokannya.

Buat masa ini, kebanyakan hotel menetapkan daftar masuk pada jam 2 petang dan daftar keluar jam 12 tengah hari.

Ahad lalu, King Sing, menggesa pengusaha hotel menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

Katanya, penginapan 23 jam sehari adalah perkara biasa di luar negara dan tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan.

Kenyataan King Sing mendapat reaksi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang menjangkakan kadar penginapan di hotel dijangka meningkat jika kerajaan menetapkan dasar menginap sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

Presiden MAH dilaporkan berkata Datin Christina Toh, berkata pelaksanaan dasar itu akan membawa kepada kos operasi lebih tinggi dan berkemungkinan menyebabkan kenaikan harga bilik.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat