CEO GISBH antara 22 didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) , Datuk Nasiruddin Mohd Ali bersama 21 yang lain, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Turut didakwa ialah anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tarmimi bersama 19 individu lain.

Mereka yang didakwa ialah Mohd Shukri Mohd Noor, Muhammad Afdaluddin Latif, Mohamad Sayuti Omar, Mohd Fazil Md Jasin, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, Mokhtar Tajuddin, Muhammad Fajrul Islam Khalid, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, Shuhaimi Mohamed, Hasnan Abd Hamid dan Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri.

Turut dituduh ialah Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, Nur Jannah Omar, Hamimah Yakub, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, Nurul Jannah Idris, Siti Salmiah Ismail, Siti Hajar Ismail dan Mahani Kasim.

Seramai 13 lelaki dan sembilan wanita itu menyatakan memahami pertuduhan yang dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes membabitkan Akta SOSMA adakah dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Peguam Datuk Rosli Kamaruddin yang mengetuai barisan pembelaan mewakili semua tertuduh, memohon panduan dari mahkamah mengenai soal jaminan kerana pertuduhan kerana kes akan dibawa ke Mahkamah Tinggi, lapor BH pada Rabu.

Hakim memaklumkan urusan jaminan akan dibuat di Mahkamah Tinggi.

Kompleks Mahkamah Selayang dikawal ketat polis, dengan bilik mahkamah diterhadkan hanya untuk tertuduh, pegawai mahkamah dan petugas media.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat