Ringgit akan kembali kukuh, urusan perdagangan guna mata wang tempatan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nilai Ringgit akan kembali kukuh apabila kerajaan mengambil langkah permulaan yang tegas iaitu bergerak ke arah pendolarisasi.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan Ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kedudukan Ringgit yang kini tercabar parah akibat tindakan Federal Reserve Amerika Syarikat yang secara agresif meningkatkan kadar faedah yang turut mengesankan mata wang renmimbi China dan Yen Jepun.

“Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma.

“Namun, langkah permulaan yang tegas telah diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi, dan Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan Ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh,” jelas beliau yang juga Menteri Kewangan.

Dolar AS mencatatkan nilai RM4.78 berbanding ringgit hari ini, iaitu kadar tukaran yang terendah dalam sejarah.

Beliau meluangkan masa bertemu dengan mahasiswa dan rakyat Malaysia yang menuntut dan menetap di Kaherah sejurus tiba dari Istanbul.

“Saya mengambil peluang dalam mencerakinkan usaha dan tumpuan kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia serta langkah-langkah yang telah diambil.

“Saya tegaskan Malaysia mesti kebah dari penyakit rasuah dan kegagalan menegakkan tatakelola, dan tatanan ini mesti dilonjakkan ke tahap yang lebih baik,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat