Ketepikan perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik demi solidariti rakyat Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang menggesa masyarakat Malaysia supaya mengenepikan perbezaan agama, bangsa mahu pun fahaman politik demi solidariti terhadap rakyat Palestin.

Menurut Ketuanya, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail, penindasan dan kezaliman yang dilakukan Israel dan tentera Zionis terhadap saudara Islam di Palestin merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan seharusnya ditentang oleh semua pihak termasuk rakyat di negara ini.

Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail Ketua Pemuda Umno Subang sedang membakar bendera isreal

“Kita harus tolak tepi perbezaan bangsa, agama mahupun perbezaan fahaman politik dalam solidariti kita bersama saudara di Palestin.

“Kekejaman yang sedang berlaku sekarang di bumi Gaza adalah satu perbuatan yang sangat keji!

“Rakyat Malaysia disarankan untuk bersatu dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin kerana ini masanya kita menyatakan sokongan dan semangat dari pelbagai agama mahupun bangsa supaya mereka terus berjuang demi membebaskan bumi Palestin dari zionis jahanam,”katanya.

Selain itu, tambah Fariz, beliau juga menyifatkan acara Himpunan Solidariti bersama Gaza yang di perkarangan Masjid Negara di ibu negara pada 13 Oktober lalu sebagai satu tindakan progresif daripada Pemuda UMNO Malaysia.

Jelas beliau, himpunan yang bermula pada pukul 2 petang itu telah dihadiri lebih 5,000 individu termasuk Ahli Parlimen dari kerajaan, pembangkang, pemimpin politik pelbagai parti dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan.

Katanya, antara yang hadir dan memberi ucapan ialah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh; Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Selain itu, jelasnya, turut hadir memberi sokongan ialah Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

“Himpunan tersebut dilakukan bagi membuka mata dan memanggil seluruh rakyat Malaysia menyampaikan mesej yang jelas bahawa Malaysia menentang segala bentuk pencabulan perundangan hak asasi manusia sejagat.

“Selain itu kita menggesa pihak berwajib untuk bertindak tegas dan segera menghentikan segala bentuk kekejaman, penindasan dan ketidakadilan ini,”katanya.

Sementara itu, kata Fariz, kempen ini akan bergerak ke semua pelusuk tanah air dan masyarakat dalam negara.

“Tidak cuma itu, demi keprihatinan, sumbangan juga dilakukan untuk dihantar kepada sukarelawan yang terbabit.

“Apa pun, saya berharap mesej yang disampaikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan parti dapat sampai ke pihak terbabit serta mendesak negara yang bersekongkol dengan rejim Israel supaya membebaskan Palestin,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat