Malaysia-Turkiye dan negara sehaluan cari titik noktah penindasan Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia bekerjasama dengan Turkiye serta negara-negara sehaluan bagi mencari titik noktah kepada isu penindasan ke atas warga Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuannya dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan semalam telah menyentuh secara panjang lebar dan terperinci mengenai hak warga Gaza yang terus dinafi oleh Israel.

“Ketemu Presiden Recep Tayyib Erdogan semalam di Istana sebagai acara terakhir lawatan kerja selama satu hari ke Turkiye.

Perbincangan kami selama hampir dua jam tersebut memberi tumpuan besar kepada permasalahan kemanusiaan yang merenggut warga Palestin kini. Kami menyentuh secara panjang lebar dan terperinci mengenai hak warga Gaza yang terus dinafi oleh Israel.

“Babak ini tentunya mengesankan tidak hanya Palestin, tetapi juga rantau timur tengah dan dunia tatkala perkembangan di sana tidak semakin baik malah memburuk dengan tindakan rakus Israel,” ujar Perdana Menteri.

Justeru kata Anwar, aspek keselamatan dan pertahanan turut disentuh dan diberi penekanan dan dibincangkan.
Malaysia menyambut baik pembukaan koridor kemanusiaan di pintu masuk Rafah-Semenanjung Gaza sejak semalam.

Tegas beliau, Malaysia juga tidak berganjak dari pendiriannya dalam mengutuk sikap hipokrit negara-negara Barat melibatkan isu Palestin.

“Kami turut sependapat dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai bidang termasuk dalam ekosistem pertahanan,” katanya.

Sebelum itu, Anwar mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Turkiye, Hakan Fidan yang turut dihadiri sama Pengarah Risikan Kebangsaan Turkiye, Ibrahim Kalın.

“Kami menyentuh mengenai situasi geopolitik semasa yang dekat dengan kedua-dua negara.

“Kami juga turut berbincang usaha meneroka pelbagai ruang bagi merapatkan kerjasama kedua-dua negara terutamanya di lapangan geopolitik, pertahanan dan keselamatan,” ujar beliau.

Selain itu, ketika lawatan di Istanbul Anwar juga bertemu Menteri Kewangan Turkiye, Mehmet Şimşek.

Jelas beliau, perbincangan tertumpu pada usaha mendepani tantangan ekonomi global.

“Kami meneruskan perbincangan dengan meneroka peluang-peluang baharu ekonomi, selain perbincangan turut terkait mengenai aspek pertahanan dan keselamatan serta usaha mengembang potensi pelaburan dan perdagangan dalam lapangan pembangunan teknologi dan pelancongan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat